Total Pageviews

Blog Archive

Formulir Kontak



SK Dusun Nanding anjur program '1Pelajar 1Buku'

2012/05/16

PELAJAR gembira dapat membaca pelbagai buku yang dibekalkan.
PELAJAR gembira dapat membaca pelbagai buku yang dibekalkan.
PROGRAM '1 Pelajar 1 Buku' dianjurkan Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding (SKDN), Hulu Langat, sempena Hari Nilam Sedaerah baru-baru ini, sebagai usaha menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan murid berjaya mengumpulkan 797 buah buku.

Guru Besar SKDN, Sadiah Ahmad, berkata program kali ini menggabungkan aktiviti menggalakkan pelajar membaca sebanyak buku yang boleh dan program sumbangan buku terbanyak antara kelas untuk disalurkan kepada Pusat Sumber SKDN.
Katanya, pihak sekolah gembira dengan kesungguhan dan komitmen murid serta ibu bapa menjayakan usaha murni membina budaya ilmu dalam kalangan murid melalui amalan membaca secara berterusan.
�Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca. Sumbangan buku ini diharap akan menjadi pendorong kepada murid untuk meneruskan amalan suka membaca dan menimba ilmu pengetahuan,� katanya.

Majlis perasmian Hari Nilam Sedaerah dengan tema �Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, Mohd Mahmudi Bakri.

Berita Harian Oline: 16 Mei 2012
Labels: pengajaran dan pembelajaran

Thanks for reading SK Dusun Nanding anjur program '1Pelajar 1Buku'. Please share...!

0 Komentar untuk "SK Dusun Nanding anjur program '1Pelajar 1Buku'"

Back To Top