Total Pageviews

Blog Archive

Formulir Kontak



Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar

SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan keperluan modal insan.

Ini kerana kata beliau, masyarakat kini mengukur keberkesanan sistem pendidikan Islam berdasarkan kebolehpasaran pelajar dan mengabaikan aspek jati diri.

Pelajar perlu dibekal dengan sebanyak mungkin ilmu bagi menghadapi dunia hari ini yang mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala tidak bermoral, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012, di sini Rabu.

Beliau berharap perkara itu dapat diteliti pada seminar berkenaan untuk dibawa kepada Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan yang merangka pelan tindakan Transformasi Pendidikan Negara.

Seminar bertema "Memperkasa Pendidikan Islam ke Arah Merealisasikan Kegemilangan Ummah Abad ke-21" itu bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan menyebarkan hasil kajian tentang pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam.

Seminar tiga hari bermula semalam itu disertai 200 peserta yang terdiri daripada guru dan tenaga pengajar dari institut pendidikan guru seluruh negara.


BERNAMA: 4 Julai 2012
Labels: Kurikulum, pengajaran dan pembelajaran

Thanks for reading Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar. Please share...!

0 Komentar untuk "Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar"

Back To Top