Total Pageviews

Blog Archive

Formulir Kontak



Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar

Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar

SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan keperluan modal insan.

Ini kerana kata beliau, masyarakat kini mengukur keberkesanan sistem pendidikan Islam berdasarkan kebolehpasaran pelajar dan mengabaikan aspek jati diri.

Pelajar perlu dibekal dengan sebanyak mungkin ilmu bagi menghadapi dunia hari ini yang mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala tidak bermoral, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012, di sini Rabu.

Beliau berharap perkara itu dapat diteliti pada seminar berkenaan untuk dibawa kepada Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan yang merangka pelan tindakan Transformasi Pendidikan Negara.

Seminar bertema "Memperkasa Pendidikan Islam ke Arah Merealisasikan Kegemilangan Ummah Abad ke-21" itu bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan menyebarkan hasil kajian tentang pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam.

Seminar tiga hari bermula semalam itu disertai 200 peserta yang terdiri daripada guru dan tenaga pengajar dari institut pendidikan guru seluruh negara.


BERNAMA: 4 Julai 2012
Sekolah Seni ketiga di Kuala Lumpur

Sekolah Seni ketiga di Kuala Lumpur

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2012/05/01

Pengambilan pertama 100 lulus UPSR 2012

KEMENTRIAN Pelajaran akan menubuhkan satu lagi sekolah seni tahun depan, sekolah ketiga selepas Sekolah Seni Johor Bharu dan Sekolah Seni Kuching yang diwujudkan kira-kira lima tahun lalu.

 Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian kementerian itu, Muhamat Roli Hasan, berkata sekolah berkenaan akan ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan pengambilan 100 pelajar Tingkatan Satu.
Katanya, Sekolah Seni Kuala Lumpur juga akan dilengkapi kemudahan studio dan peralatan seperti dua sekolah seni sebelum ini, selain kemudahan asrama.

Beliau berkata, sekolah seni beroperasi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan pelajar berpeluang menikmati kemudahan selesa.

�Nama dan lokasi Sekolah Seni Kuala Lumpur belum boleh diumumkan kerana kementerian pada peringkat akhir meluluskan dana mengubah suai bangunan sedia ada.

�Selain bilik darjah dan studio seni, bangunan sekolah ini juga menyediakan asrama untuk 500 pelajar,� katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Muhamat Roli berkata, pengambilan pelajar Tingkatan Satu tahun depan bermula dengan lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dan tiada pengambilan untuk pelajar ke Tingkatan Empat.

Katanya, syarat kemasukan ialah 3B dalam UPSR dan mempunyai bakat dalam bidang seni sama ada muzik, tarian, teater dan visual (reka bentuk, seni halus, komunikasi visual).

Selain kelayakan akademik, beliau berkata, kementerian akan menilai bakat seni lulusan UPSR menerusi temu duga khas di beberapa bandar utama seluruh negara.

�Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web kementerian Pelajaran selepas keputusan UPSR 2012 diumumkan hujung tahun ini,� katanya.

BeritaHarian Online: 1 Mei 2012
Back To Top